Tuesday, 20 December 2011

Cerpen : Kasih Seorang Sahabat

Di kejauhan ini tidak dapat aku selami perasaan ini tatkala insan yang ku amat kasihi pergi begitu sahaja tanpa mengirim khabar berita.Aku labuhkan tirai kamarku,ku ungkap kembali kisah-kisah yang mengundang seribu bahkan sejuta kenangan manis.Ku singkap tabir kamarku semula dan aku cuba meleraikan kekusutan yang sedia ada." Tok,tok!" ketukan di pintu menghentikan segala lamunanku." Ah,kacau daun betullah.Aku nak feeling-feeling pun tak boleh." Kelihatan ibu tersembul di sebalik pintu." Ibu ganggu Rina ke?" Aku pantas menggeleng kepala.Aku berlari dan terus memeluk ibu dan menceritakan segalanya kepada ibu setelah puas ibu memujukku.Lega rasa hati ini setelah meluahkan apa yang terbuku di hati." Rina kena tabah dalam mengharungi ranjau kehidupan," itulah kata-kata nasihat yang selalu kudengar dari mulut ibu sebelum ibu beredar pergi.Macam takde ayat lain pulak ibu ni.
" Bosannya...takde apa nak buat!" Rungutku sendirian.Aku mencapai alat kawalan jauh dan mencari siaran radio yang kuminati.Tiba-tiba lagu 'Kenangan Terindah' berkumandang.Alunan muzik itu mengembalikan ingatanku pada Dania Batrisha.Aduh,sadisnya!Dania,itulah namanya.Sahabat yang sentiasa berkongsi suka duka bersama.Dania begitu memahami diri ini tatkala diriku menghadapi masalah seberat 10 tan batu besar sekalipun.Aku masih ingat sewaktu aku lupa menyiapkan nota yang diberi.Dania sanggup didenda bersamaku.

" Rina,jom kita sakat Amin nak tak?" Aku mengangguk setuju.Aku dan Dania suka sangat menyakat murid-murid di dalam kelas kami terutamanya,Amin.Budak skema di dalam kelasku.Itulah rutin kami jika bersama.Ada saja idea untuk menyakat orang sehingga kami digelar 'kembar tak seiras'.Ah,kenangan itu sukar aku lupakan.Mengapa kau melakukan begini terhadapku,Dania? Sampai hati kau meninggalkan aku keseorangan tanpa khabar berita.Setahuku kita cima bercanggah pendapat dan takkan kerana itu kau menghilangkan diri? Apa kesalahanku padamu,Dania? Pelbagai persoalan timbul di benakku.Ku buka album dan aku lihat kemesraan kami terjalin erat.Dania,kenapa kau begitu cepat berubah? Desis hatiku...
" Kau ego Nia.Kau tak mahu mengaku kesalahan sendiri," aku sengaja meninggikan suara." Oh...maksud kau,aku tak sesuai jadi kawan kau lah ye? Rina,mulai hari ni kita putus sahabat!" Begitu serius sekali pengakuannya.Aku terkesima.Aku lihat sahaja Dania berlalu pergi meninggalkanku.Keesokannya,aku dapati Dania sudah tiada.Aku diberitahu bahawa dia telah bertukar sekolah.Begitu kejam kau,Dania! Sanggup kau menghancurkan impian yang bertahun-tahun kita bina untuk mengejar cita-cita.Hari berikutnya,aku ke rumah Dania untuk memohon penjelasan.Namun...hampa.Dania tiada di rumah,cuma yang ada pembantu rumahnya,Mak Cik Zainab.
Aku terkejut tidak terkata apabila Mak Nab memberitahuku bahawa Dania kini berada di Hospital Pakar.Tambah mengejutkan aku,Dania kini sedang berada dalam keadaan koma." Ya ALLAH...dugaan apa yang menimpa hambamu nan seorang ini? Tabahkanlah hati hambamu dalam menghadapi situasi ini." Sampai saja di hospital,aku menerpa ke arah jururawat yang berada di kaunter.Setelah mengetahui di mana Dania berada,aku terus menaiki lif untuk ke wad terapi.Sayang seribu kali sayang,sewaktu aku melangkah ke wad di mana Dania ditempatkan,kudapati ada sekujur mayat yang amat ku kenali.Di saat itu aku sedar,aku telah kehilangan sahabat yang amat aku sayangi.Keluarga Dania menenangkanku dan ibu Dania memberi surat yang telah ditulis oleh Dania sendiri.Kutatap warkah itu satu persatu...
Kepada sahabatku Rina Azalia,

                Sewaktu Rina menbaca warkah ini mungkin Nia sudah tiada lagi.Nia tahu jangka masa hidup Nia tidak lama.Maafkan Nia sekiranya Nia buat Rina berkecil hati.Sebenarnya sudah lama Nia menghidap penyakit barah otak dan penyakit Nia sudah berada di tahap empat.Rina pun tahu bahawa kalau ianya sudah berada di tahap empat,harapan untuk hidup tipis sekali dan mungkin tiada langsung  peluang untuk hidup.Nia harap Rina tak marahkan Nia,ye.Maafkan Nia kerana tidak memberitahu penyakit Nia pada Rina.Memang pada hakikatnya Rina lihat Nia sihat,tetapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan penyakit Nia bertambah kronik.Nia sudah tahu bahawa Rina menghidap penyakit buah pinggang melalui abang Nia yang bekerja sebagai seorang doktor.Sahabatku,Nia dengan ikhlasnya mahu mendermakan buah pinggang Nia kepada Rina sebagai tanda persahabatan kita.Nia mahu Rina teruskan kehidupan dan jangan sesekali putus harapan kerana Nia.Nia doakan agar  Rina sentiasa beroleh kejayaan dan berjaya mengejar cita-cita yang Nia tidak sempat menggapainya bersama Rina.

Rina,warkah ini amat Nia harap untuk menjelaskan segalanya tentang perkara yang terjadi.Persahabatan kita akan terus kekal  abadi.Senyum tawa pengubat sunyi dan janganlah Rina hilangkan senyum tawamu kerana Nia.Kasih sayang Nia buat Rina adalah untuk selamanya... Peganglah janji ini,Rina.Maafkan segala kesalahan Nia dan Nia maafkan segala salah silap Rina.Salam kemesraan dariku untukmu...

                                                                                                            Sahabat yang amat kau kasihi,
                                                                                                                              Dania Barisha Muhd Daud
Aku terkedu.Bercucuran air mataku membasahi pipiku.Begitu sekali pengorbanan Dania buatku...Aku menghampiri Dania.Menggenggam jari jemarinya dengan erat buat kali terakhir.Dania,aku akan sentiasa merinduimu.Kini dan selamanya.Akan kupegang janji kita.Aku akan teruskan hidup dan cita-cita hanya buatmu,Dania... Semoga roh kau dirahmati ALLAH S.W.T. Ku pohon kebahagiaanmu di alam sana...Al-Fatihah buatmu......SEKIAN....
                                                                                                                 
                                                                                                                    hasil nukilan,
                                                                                                                                   ieca

No comments:

Post a Comment